Tuesday, March 1, 2011

Wanita Thai paling Celik Kewangan

Satu Kajian pelanggan di 24 pasaran di seluruh Asia Pasifik Timur Tengah Afrika(APMEA) menunjukkan Wanita Thai mendahului senarai Indeks Celik Kewangan dengan 73.9 mata. Mereka mendapat markah tertinggi dalam Perancangan Kewangan (87.0) dan Pelaburan (69.3), menyerlah berbanding 13 pasaran Asia Pasifik lain yang dikaji.Wanita Vietnam pula mendapat tempat keempat dengan markah keseluruhan 70.1

Pasaran membangun Filipina (68.2), Indonesia (66.5) dan Malaysia (66.0) turut berada dalam senarai 10 tertinggi Indeks itu, mendahuluiIndia (61.4), China (60.1), Jepun(55.9) dan KoreaSelatan(59.9).

Ia melibatkan tiga kandungan utama: Pengurusan Wang Asas, yang mengkaji kemahiran responden dalam membuat Bajet dan Simpanan, serta TanggungjawabPenggunaan Kredit dan Perancangan Kewangan. Kajian itu dibuat antara 13 Sept dan 11 Nov 2010 dan akan dijalankan setiap tahun. Pasaran yang dikaji termasuk Australia, China, Mesir, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kenya, Kuwait, Lubnan, Malaysia, Maghribi, New Zealand, Nigeria, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu dan Vietnam. 

Berdasarkan pendedahan Naib presiden Komunikasi, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Georgette Tan, ."Prestasi wanita Thailand dan Vietnam adalah kerana peningkatan socio-ekonomi yang pesat memberikan mereka pengalaman keusahawanan yang berharga, pendedahan kepada konsep perancangan kewangan dan pengurusan wang amat membantu kejayaan tersebut.

Kepada wanita-wanita Malaysia jangan berputus asa. Tingkatkan prestasi dengan mengambil kira faktor-faktor yang menjadi pendorong kejayaan wanita Thai!

No comments:

Post a Comment