Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa ke Academy Award?


Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) bakal mencipta sejarah tersendiri kerana berkemungkinan akan dipertandingkan ke Akademy Awards, Los Angeles Amerika Syarikat pada tahun depan. HMM merupakan filem tempatan yang paling mahal kos penerbitannya mencecah RM8 juta serta ketiga termahal selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta) dan Hanyut (RM11 juta).

Perancangan KRU itu mampu menambahkan lagi pencapaian HMM yang mencatat sejarah perfileman tanah air apabila ia akan ditayangkan di 72 negara seperti AS, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia. HMM yang mula ditayangkan mulai 10 Mac lalu turut membanggakan apabila pada hari pertama tayangannya di 67 pawagam seluruh negara termasuk dua di Brunei mengutip kutipan tiket RM500,000. 

KRU menjangkakan rekod yang dicapai melalui HMM lebih baik berbanding filem-filem KRU Studios yang pernah diterbitkan sebelum ini terutamanya dari segi kutipan tiket hari pertama ditayangkan. HMM hanya akan diedarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) di luar negara selepas filem arahan Yusry Abdul Halim itu tamat tayangannya di seluruh negara bagi mengelakkan gejala cetak rompak.

Syabas diucapkan kepada trio KRU, Anda sememangnya hebat. Semoga buah tangan terbaru melalui HMM bakal mencipta sejarah tersendiri jika berjaya dicalonkan ke Academy Award nanti. Berdasarkan kepada kekuatan epik kerajaan Melayu dalam HMM, tidak mustahil ia bakal mencipta kejutan nanti!

No comments:

Post a Comment