![]() |
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Kita baru sahaja selesai Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau dengan kemenangan calon BN. Tahniah kepada calon yang menang!. Sememangnya isu Pilihanraya ini belum selesai kerana Pilihanraya Sarawak pula akan menyusul. Ia semestinya topik hangat yang diperkatakan di Sarawak pada masa kini.
Ada desas-desus menyatakan Pilihanraya Negeri akan diadakan pada penghujung Mac ini. Tetapi ramai juga yang meramalkan pilihanraya negeri akan diadakan pada awal April 2011. Apa-apa pun pilihanraya Sarawak perlu diadakan sebelum tamatnya tempoh Dun Sarawak pada Julai ini.
Kini program Jelajah Karnival Belia Sarawak masih giat diljalankan. Sinonimnya karnival ini dengan pilihanraya kerana ia melibatkan semua Dun Sarawak yang dijangkan berakhir hujung Mac ini. Penganjurannya dilihat dapat mendekatkan lagi pemimpin dengan belia di kawasan Dun yang diwakili.
Menguatkan lagi teka-teki semakin hampirnya pilihanraya Sarawak ialah dengan penganjuran Konvensyen BN di Borneo Convention Centre baru-baru ini. Semasa konvensyen tersebut wartawan sempat bertanyakan tentang kemungkinan pilihanraya diadakan pada April ini, Ketua Menteri tidak mengiakan serta tidak menafikan soalan tersebut. Ia sebenarnya menguatkan lagi andaian bahawa pilihanraya diadadakan pada bulan tersebut. Pelbagai perjumpaan demi perjumpaan diadakan dan yang terbaru perjumpaan dengan pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Bangunan DUN Sarawak.
Pada 19 Mac ini pula, Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke kawasan tertentu di Sarawak antaranya Serian, Sadong Jaya serta Lingga di Sri Aman. Walaupun lawatan tersebut sekadar lawatan biasa siri jelajah PM di seluruh negara, namun ramai penganalisa meramalkan ia adalah antara siri susulan lawatan untuk membincangkan persiapan sebelum pilihanraya pada April ini.
No comments:
Post a Comment