Monday, March 14, 2011

Botol Susu Polikarbonat Diharamkan


Mengejutkan, kerajaan telah mengumumkan pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA). Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan. Manakala Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius. 

Justeru pengharaman tersebut oleh kerana BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Untuk rekod, Negara-negara lain yang telah mengambil pendekatan yang sama ialah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

Kenalpasti Ciri Botol Susu Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti logo bertanda 7 berikut;

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. Cuma sedikit pelik dengan pengharaman Botol Susu Polikarbonat ini kerana ia dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012. Rakyat sebenarnya tidak perlu menunggu sehingga 1 Mac 2012 untuk tidak menggunakan botol susu tersebut. Gantilah dengan botol susu yang lain yang tidak mempunyai logo PC.

No comments:

Post a Comment