Monday, April 18, 2011

Janji Pada Pilihanraya Sarawak Mesti Ditunaikan

Cadangan Pusat komersial Simunjan

KUCHING 16 April – Barisan Nasional (BN) akan mengotakan segala yang dijanjikannya kepada rakyat Sarawak dalam kempen 10 hari pilihan raya negeri ke-10 yang memberi semula mandat memerintah kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serentak itu satu jawatankuasa diketuai Ketua Menteri akan meneliti segala keputusan dan pengumuman yang telah dibuat bagi projek-projek pembangunan yang dipersetujui di semua kawasan.

“Ini janji yang telah kita buat, kita akan tunaikan dengan pastikan tidak ada tempat di Sarawak yang tertinggal.

“Kita akan pikul amanah ini untuk mencapai cita-cita dan hasrat Sarawak untuk maju dan menjadi negeri berpendapatan tinggi.

“Kemenangan ini menjadi dorongan kepada kerajaan negeri untuk meneruskan kesinambungan dasar ekonomi dan pendidikan yang selari dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) pusat. Kerjasama dengan kerajaan negeri akan dipertingkatkan,” katanya pada sidang akhbar di kediaman Ketua Menteri di Demak Jaya di sini malam ini.
Mengenai kekalahan calon BN di kerusi-kerusi Cina yang ditandingi DAP, Muhyiddin berkata, BN akan meneliti puncanya.

“Kita akur dengan keputusan yang diambil mereka (pengundi Cina), kita aka teliti sebab musabab apa yang berlaku. Nampaknya trend yang berlaku di Semenanjung telah berulang di Sarawak tetapi ini tidak mematahkan semangat kita untuk berjuang,” katanya.

Ditanya sama pilihan raya negeri ini akan membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13, kata beliau: “Pastinya keputusan pilihan raya Sarawak ini penting dan dan cukup memberangsangkan bagi BN dalam suasana politik baru ini.”-utusan

Rakyat Sarawak amat mengharapkan kerajaan mengotakan janji pada pilihanraya lepas. Projek yang sedia ada pula harus disegerakan agar rakyat tidak tertunggu-tunggu. Ahli Yang Berhormat di Sarawak harus bergerak lebih aktif untuk memantau segala pelaksanaan projek agar ia dapat disiapkan seperti dijadualkan. Harus diingat keputusan PRN Sarawak memberi petunjuk jelas bahawa rakyat Sarawak mahukan perubahan. buktinya dengan penurunan majoriti undi BN. Tamparan paling besar adalah kekalahan teruk Presiden SUPP (Parti Politik yang mewakili masyarakat cina di Sarawak.) Jika Ahli Yang Berhormat yang telah dilantik gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat, tidak mustahil rakyat Sarawak akan memberikan kejutan pada kerusi Parlimen untuk PRU ke -13 nanti.

No comments:

Post a Comment