Tuesday, March 29, 2011

Firefly Guna Pesawat Lebih Besar?


FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) telah melancarkan pesawat Boeing 737-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong berkata, Johor adalah hab selatan bagi operasi pesawat B737-400 untuk memenuhi permintaan pelanggan dari negeri itu, Singapura dan Batam selain menjadi transit untuk penumpang di Sabah dan Sarawak.


“Dengan adanya pesawat ini, operasi Firefly di Sabah dan Sarawak akan terus diperluaskan selain pertambahan laluan serantau.”

“Laluan hab selatan ini akan meningkatkan kehadiran pelancong dan pengembara perniagaan ke Iskandar Malaysia, satu projek pembangunan komersial di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Leong bersama Pengerusi Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Munir Abdul Majid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airports Sdn. Bhd., Shahrull Allam dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim hadir di majlis penerimaan pesawat Boeing 737-400 di Senai, Johor. Bermula 19 Mei depan, terdapat dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kuching, manakala bermula 16 Jun, syarikat penerbangan itu menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Selain itu, Firefly akan meningkatkan kekerapan penerbangan tambahan antara Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang sempena cuti sekolah pada suku kedua tahun ini. utusan

Semoga dengan pelancaran pesawat baru firefly yang lebih besar akan mempertingkatkan jumlah penumpang firefly. Penggunaannya juga memberi kesan besar terhadap industri pelancongan terutamanya untuk negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Diharapkan pihak firefly terus maju ke hadapan seiring dengan penerbangan tambang murah yang lain. Lagi satu, boleh tak kurangkan lagi caj perkhidmatan tu. Mahal sangat la..

No comments:

Post a Comment