Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan. Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap dimana72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.
"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.- Bernama
No comments:
Post a Comment