Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Tepatnya ramalan saya sebelum ini mengaitkan lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan pilihanraya Sarawak. Dikesempatan lawatan PM dan TPM ke Sarawak, Ketua Menteri Sarawak pada hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sarawak pada Isnin ini. Pembubaran tersebut bagi membolehkan pilihanraya negeri ke-10 diadakan. Apakah piliharaya Sarawak akan diadakan pada 16 April seperti ramalan sebelum ini? Apa apa pun kita tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Plihanraya (SPR) untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Untuk rekod, Dewan undangan Sarawak mempunyai 71 Kerusi. 63 kerusi dikuasai BN, diikuti enam kerusi DAP serta masing-masing satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).
Adakah statistik ini sama untuk plihanraya ke-10? Keputusan di tangan anda. Andalah yang menentukannya..
No comments:
Post a Comment