Wednesday, March 30, 2011

Adenovirus : Kematian ke-3 Pelatih Pulapol

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang lagi mangsa jangkitan virus Adeno di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi. Mohammad Siman, 23, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL kira-kira pukul 11.30 malam tadi.


Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Tiang Selekoh, Bagan Datoh, Perak merupakan mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno sejak ia mula dikesan awal tahun ini.Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, Allahyarham Mohammad dimasukkan ke wad biasa HKL sejak 28 Februari lalu.

"Namun, sejak ditempatkan di ICU hospital itu pada 3 Mac lepas, tahap kesihatannya tidak menentu sehinggalah beliau (Mohammad) meninggal dunia malam tadi," kata Zulkifli ketika dihubungi di sini hari ini.Sebelum ini, Pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azirid, 21, meninggal dunia pada 8 Mac lalu diikuti Pelatih Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, yang meninggal dunia pada 17 Mac akibat jangkitan virus itu.

Menurut Zulkifli, sehingga hari ini jumlah mereka yang masih dirawat di hospital adalah empat orang dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh. Katanya, bilangan pelatih yang menjalani pengasingan adalah 59 orang dan jumlah tersebut menunjukkan penurunan setiap hari. utusan

Tuesday, March 29, 2011

Firefly Guna Pesawat Lebih Besar?


FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) telah melancarkan pesawat Boeing 737-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong berkata, Johor adalah hab selatan bagi operasi pesawat B737-400 untuk memenuhi permintaan pelanggan dari negeri itu, Singapura dan Batam selain menjadi transit untuk penumpang di Sabah dan Sarawak.


“Dengan adanya pesawat ini, operasi Firefly di Sabah dan Sarawak akan terus diperluaskan selain pertambahan laluan serantau.”

“Laluan hab selatan ini akan meningkatkan kehadiran pelancong dan pengembara perniagaan ke Iskandar Malaysia, satu projek pembangunan komersial di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Leong bersama Pengerusi Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Munir Abdul Majid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airports Sdn. Bhd., Shahrull Allam dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim hadir di majlis penerimaan pesawat Boeing 737-400 di Senai, Johor. Bermula 19 Mei depan, terdapat dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kuching, manakala bermula 16 Jun, syarikat penerbangan itu menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Selain itu, Firefly akan meningkatkan kekerapan penerbangan tambahan antara Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang sempena cuti sekolah pada suku kedua tahun ini. utusan

Semoga dengan pelancaran pesawat baru firefly yang lebih besar akan mempertingkatkan jumlah penumpang firefly. Penggunaannya juga memberi kesan besar terhadap industri pelancongan terutamanya untuk negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Diharapkan pihak firefly terus maju ke hadapan seiring dengan penerbangan tambang murah yang lain. Lagi satu, boleh tak kurangkan lagi caj perkhidmatan tu. Mahal sangat la..

Kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP)


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.


Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya aalah:
·                 Mengurangkan jenayah
·                 Membanteras rasuah
·                 Mempertingkatkan pencapaian pelajar
·                 Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
·                 Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar


Jawatankuasa Penilaian Prestasi Antarabangsa baru baru ini mengakui GTP mencapai kejayaan di luar jangkaan selepas kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) mencapai sasaran yang ditetapkan.

Jawatankuasa tersebut mengakui GTP telah mendorong transformasi sebenar yang boleh dan akan dialami oleh rakyat pada masa depan merangkumi pencapaian dalam penyampaian keberhasilan yang besar dan pantas. Langkah mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian kemajuan di semua peringkat sector kerajaan telah mempertingkatkan pencapaian pelajar, isi rumah berpendapatan rendah, membanteras rasuah dan mengurangkan jenayah.

Justeru, Pemantauan setiap peringkat bidang NKRA harus diteruskan bagi melestarikan pembangunan yang lebih mampan berdasarkan kejayaan tranformasi yang berterusan.

Friday, March 25, 2011

M. Nasir dan Ramli MS Dapat Datuk!

Tahniah buat M. Nasir dan Ramli MS kerana dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini. Anda berdua sememangnya layak menerima gelaran tersebut di atas sumbangan besar dalam industri hiburan tanahair.
Turut menerima anugerah tersebut ialah pegawai kanan polis Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin Pitchay.
Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang itu.

Wednesday, March 23, 2011

Pilihan Raya Sarawak 16 April


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menamatkan teka teki tarikh pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan 16 April sebagai tarikh pengundian manakala 6 April pula adalah tarikh untuk penamaan calon.

Berdasarkan daftar pemilih SPR, seramai 979,796 pengundi akan mengundi untuk Pilihan Raya kali ini. Dewan undangan Sarawak mempunyai 71 Kerusi.  63 kerusi dikuasai BN, diikuti enam kerusi DAP serta masing-masing satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Plihanraya Sarawak kali ini menunjukkan peningkatan dari segi kos dimana SPR akan membelanjakan RM50 juta berbanding RM30 juta untuk Pilihanraya Tahun 2006.  Peningkatan kos tersebut juga adalah untuk menampung pelbagai kos termasuk kos logistik.

Sama-samalah kita tunggu senarai parti yang akan bertanding pada hari penamaan calon 6 April nanti..



Tuesday, March 22, 2011

Peningkatan Kes Gelaja ”Sexting”


LONDON:  Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam. Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.

Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain. Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka.

Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka. – TS

Statistik gejala seperti ini amat membimbangkan.. Lambakan kecanggihan telefon bimbit serta laman sosial yang tiada kawalan merupakan punca utama. Justeru peranan ibu bapa amat penting. Ibu bapa harus peka dan hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak mereka. Harus diingat istilah ”dunia tanpa sempadan” hanya akan menghancurkan generasi akan datang jika kita hanya tidur lena..

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak akhirnya dibubarkan

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Tepatnya ramalan saya sebelum ini mengaitkan lawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan pilihanraya Sarawak. Dikesempatan lawatan PM dan TPM ke Sarawak, Ketua Menteri Sarawak pada hari ini mengumumkan pembubaran DUN Sarawak pada Isnin ini. Pembubaran tersebut bagi membolehkan pilihanraya negeri ke-10 diadakan. Apakah piliharaya Sarawak akan diadakan pada 16 April seperti ramalan sebelum ini? Apa apa pun  kita tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Plihanraya (SPR) untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Untuk rekod, Dewan undangan Sarawak mempunyai 71 Kerusi.  63 kerusi dikuasai BN, diikuti enam kerusi DAP serta masing-masing satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).  

Adakah statistik ini sama untuk plihanraya ke-10? Keputusan di tangan anda. Andalah yang menentukannya..

KM Sarawak Undur Selepas Pilihanraya?



SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam masa terdekat.Katanya, beliau kini bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan perpaduan kepimpinan negeri terlebuh dahulu sebelum berbuat demikian.Pengumuman itu dibuat beliau sewaktu berucap pada majlis perasmian Sejiwa Senada yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini. – Utusan

p/s Diharapkan KM Sarawak dapat mencari pengganti yang tepat untuk menggantikkannya, boleh diterima serta mendapat sokongan padu rakyat. Kita juga mengharapkan agar proses peralihan kuasa yang bakal berlaku di Sarawak berjalan secara lancar dan teratur.

Wednesday, March 16, 2011

AirAsia Buat Laporan Polis


Gara-gara penyebaran maklumat palsu melalui laman sosial yang memaklumkan pesawat Airasia AK5154/AK5145 telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching/KLIA pada Ahad, Airasia telah membuat laporan  mengenai pengedaran pesanan itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pihak Airasia juga memaklumkan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang yang tegas dan memulakan tindakan sivil atau jenayah terhadap individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu.

Pengajaran kepada pihak yang berkenaan, janganlah kita sesuka hati menyerbarkan maklumat palsu. Tambahan pula ia melibatkan soal keselamatan. Tak pasal-pasal berhadapan dengan tindakan undang-undang. Secanggih mana pun teknologi sekarang, ia bukan untuk disalahgunakan. manfaatkanlah penggunaannya untuk kebaikan bukan untuk penyebaran maklumat palsu. Tindakan Airasia membuat laporan polis memang tepat bagi mempastikan individu yang terlibat tidak mengulangi kesilapan  yang sama.

p/s Jangan main-main dengan soal keselamatan!

Monday, March 14, 2011

Botol Susu Polikarbonat Diharamkan


Mengejutkan, kerajaan telah mengumumkan pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA). Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan. Manakala Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius. 

Justeru pengharaman tersebut oleh kerana BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Untuk rekod, Negara-negara lain yang telah mengambil pendekatan yang sama ialah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

Kenalpasti Ciri Botol Susu Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti logo bertanda 7 berikut;

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. Cuma sedikit pelik dengan pengharaman Botol Susu Polikarbonat ini kerana ia dikuatkuasakan pada 1 Mac 2012. Rakyat sebenarnya tidak perlu menunggu sehingga 1 Mac 2012 untuk tidak menggunakan botol susu tersebut. Gantilah dengan botol susu yang lain yang tidak mempunyai logo PC.

Pak Lah Terima Anugerah ‘Hadiah Antarabangsa’ dari Arab Saudi


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan dengan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal (KFIP) yang berprestij di bawah kategori Perkhidmatan kepada Islam. Hadiah itu disampaikan kepada beliau oleh Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud dalam satu upacara di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

Tun Abdullah dipilih untuk hadiah itu kerana memberikan pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang beliau kepada Islam di Malaysia dan luar negara serta peranannya dalam mengukuhkan lagi pembangunan ekonomi Malaysia dan menggalakkan pengajian Islam. Dalam ucapan ketika menerima hadiah itu, Abdullah berkata beliau memberikan perhatian terhadap bidang-bidang yang difikirkan rakyat Malaysia paling memerlukan.

"Islam Hadhari wujud daripada pengetahuan asas agama saya yang kukuh dan pemahaman dalam intipati ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis,” kata beliau.

Dalam hubungan ini, Abdullah berkata pembangunan modal insan menjadi strategi pusat beliau untuk kemajuan.

"Pembangunan modal insan bukan semata-mata mengumpulkan pengetahuan dan kemahiran, ia adalah integrasi dan keseluruhan kemajuan manusia dicampur dengan mental dan kebolehan luar biasa dengan integriti moral dan kekuatan rohaniah,” kata beliau.

Anugerah itu dibuat dalam empat kategori dan kepada tujuh penerima dari Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun, Turki dan Jordan. KFIP diberikan kepada penerima, lelaki dan wanita yang dedikasi terhadap perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang kepada agama Islam dan umat Islam. – Bernama

Tahniah kepada Pak Lah di atas Anugerah yang berprestij dari Arab Saudi!

Hikayat Merong Mahawangsa ke Academy Award?


Filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) bakal mencipta sejarah tersendiri kerana berkemungkinan akan dipertandingkan ke Akademy Awards, Los Angeles Amerika Syarikat pada tahun depan. HMM merupakan filem tempatan yang paling mahal kos penerbitannya mencecah RM8 juta serta ketiga termahal selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta) dan Hanyut (RM11 juta).

Perancangan KRU itu mampu menambahkan lagi pencapaian HMM yang mencatat sejarah perfileman tanah air apabila ia akan ditayangkan di 72 negara seperti AS, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia. HMM yang mula ditayangkan mulai 10 Mac lalu turut membanggakan apabila pada hari pertama tayangannya di 67 pawagam seluruh negara termasuk dua di Brunei mengutip kutipan tiket RM500,000. 

KRU menjangkakan rekod yang dicapai melalui HMM lebih baik berbanding filem-filem KRU Studios yang pernah diterbitkan sebelum ini terutamanya dari segi kutipan tiket hari pertama ditayangkan. HMM hanya akan diedarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) di luar negara selepas filem arahan Yusry Abdul Halim itu tamat tayangannya di seluruh negara bagi mengelakkan gejala cetak rompak.

Syabas diucapkan kepada trio KRU, Anda sememangnya hebat. Semoga buah tangan terbaru melalui HMM bakal mencipta sejarah tersendiri jika berjaya dicalonkan ke Academy Award nanti. Berdasarkan kepada kekuatan epik kerajaan Melayu dalam HMM, tidak mustahil ia bakal mencipta kejutan nanti!

Sunday, March 13, 2011

Karikatur Tsunami Berita Harian Cetus Kontroversi!

Karikatur Zoy  yang menimbulkan kontroversi
Sedang seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan malapetaka yang berlaku di Jepun, Tiba-tiba kita dikejutkan dengan karikatur oleh Zoy melalui Berita Minggu Hari ini. Karikatur tersebut telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak sehingga mencetuskan kontroversi. Ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Kumpulan Berita Harian melalui kenyataan pada petang ini telah memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur tersebut ”Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi. Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu” pengarang bh.

Pengajaran untuk semua pihak, Tidak semua perkara boleh dibuat lawak jenaka. 


Saturday, March 12, 2011

Apa dia Adenovirus?

Pemeriksaan Jangkitan Virus Adenovirus di Pulapol

Jangkitan  ”Adenovirus” hangat diperkatakan setelah Virus tersebut merebak di kalangan pelatih Pulapol sejak 4 Mac lepas hingga mengorbankan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lepas.  Virus  Adenovirus sangat misteri dan amat membimbangkan kerana kementerian kesihatan masih tidak tahu akan puncanya virus itu. Sebelum ini dikatakan berpunca dari kencing tikus atau leptospirosis. Virus tersebut boleh merebak denngan mudahnya melalui batuk dan terbersin.

Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Antara simptom-simtom Adenovirus ialah;

*Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam.
*Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu.
*Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan.

Anda dinasihatkan segera ke Hospital jika mempunyai Simtom di atas.


Tsunami Paling Teruk dalam Sejarah Jepun?

Kawasan perairan Sendai
Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan. Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat. Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.

                                                                Video dari Russian Today

Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat. Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Difahamkan Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi. Agensi

Semoga rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan ini, bencana sebegini memang tidak diduga berlaku. Ia telah mengorbankan banyak nyawa, kerosakan harta benda serta menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku di Jepun. Kejadiannya telah menimbulkan keinfasan tentang besarnya kekuasaan Allah. 

Wednesday, March 9, 2011

Memoir Tun Mahathir

A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan memoir dan pengalaman hidup Tun selama 85 tahun yang mengisahkan banyak perkara.

Walaupun belum membacanya, apa yang dapat kita gambarkan ialah memoir tersebut membawa kita mendalami pemikiran, pengalaman hidup, perjuangan politik serta cabaran 22 tahun dalam mentadbir negara. Tun ketika pelancaran buku tersebut menekankan banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan yang perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

Mempunyai ketebalan 800 muka surat, memoir tersebut disiapkan selama 8 tahun melalui terbitan MPH Group Publishing Sdn Bhd. Dengan hanya RM100 adalah berbaloi anda membelinya.

Tuesday, March 8, 2011

Hanya dengan Share picture dapat duit?


Hanya dengan share picture anda boleh menjana pendapatan. Caranya mudah anda hanya perlu mendaftar dengan Shareapic. Tak tahu apa shareapic? Shareapic adalah sebuah website yang menyediakan perkhidmatan untuk kita mengupload gambar dan perkhidmatan tersebut adalah PERCUMA!.

Ia berfungsi sama sahaja macam photobucket, flickr,fotopages dll. Cuma apa yang membezakan shareapic dengan yang lain-lain tu ialah ganjaran yang diberikan dimana setiap kali gambar yang kita upload  dilihat, maka Shareapic akan bayar. Pembayaran dari hasil yang kita dapat hanya akan dibuat setelah anda berjaya mengumpul $20 USD dan ianya akan dibayar melalui paypal. Konsepnya mudah, semakin banyak gambar kita dilihat, semakin banyak lah kita dapat.

Pastikan gambar yang anda upload adalah menarik, unik dan aneh kerana ia adalah kekuatan utama gambar anda untuk mempengaruhi orang ramai. Apa-apa pun cuba lihat di sini. Selamat mencuba untuk wangkan koleksi gambar anda!Klik di sini untuk mendaftar.

Monday, March 7, 2011

Pilihanraya Sarawak Semakin Hampir?

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Kita baru sahaja selesai Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau dengan kemenangan calon BN.  Tahniah kepada calon yang menang!. Sememangnya isu Pilihanraya ini belum selesai kerana Pilihanraya Sarawak pula akan menyusul. Ia semestinya topik hangat yang diperkatakan  di Sarawak pada masa kini.

Ada desas-desus menyatakan Pilihanraya Negeri akan diadakan pada penghujung Mac ini. Tetapi ramai juga yang meramalkan pilihanraya negeri akan diadakan pada awal April 2011. Apa-apa pun pilihanraya Sarawak perlu diadakan sebelum tamatnya tempoh Dun Sarawak pada Julai ini.

Kini program Jelajah Karnival Belia Sarawak masih giat diljalankan. Sinonimnya karnival ini dengan pilihanraya kerana ia melibatkan semua Dun Sarawak yang dijangkan berakhir hujung Mac ini. Penganjurannya dilihat dapat mendekatkan lagi pemimpin dengan belia di kawasan Dun yang diwakili.

Menguatkan lagi teka-teki semakin hampirnya  pilihanraya Sarawak ialah dengan penganjuran Konvensyen BN di Borneo Convention Centre baru-baru ini. Semasa konvensyen tersebut wartawan sempat bertanyakan tentang kemungkinan pilihanraya diadakan pada April ini, Ketua Menteri tidak mengiakan serta tidak menafikan soalan tersebut. Ia sebenarnya menguatkan lagi andaian bahawa pilihanraya diadadakan pada bulan tersebut. Pelbagai perjumpaan demi perjumpaan diadakan dan yang terbaru perjumpaan dengan pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Bangunan DUN Sarawak.

Pada 19 Mac ini pula, Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke kawasan tertentu di Sarawak antaranya Serian, Sadong Jaya serta Lingga di Sri Aman. Walaupun lawatan tersebut sekadar lawatan biasa siri jelajah PM di seluruh negara, namun ramai penganalisa meramalkan ia adalah antara siri susulan lawatan untuk membincangkan persiapan sebelum pilihanraya pada April ini.

Sunday, March 6, 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lepasan SPM yang berkelakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Pergurusan Lepasan SPM. 

Untuk permohonan online, adik-adik perlu membeli PIN (RM6.00) melalui BSN. Saya nasihatkan kepada adik-adik supaya membuat permohonan awal. Janganlah membuat permohonan di saat-saat akhir. Berbincanlah dengan guru kaunseling anda untuk mendapatkan khidmat nasihat serta pilihan kursus yang tepat sesuai dengan kelayakan.

Syarat dan kelayakan khas serta urusan permohonan adalah melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, March 5, 2011

Beruntungnya Kalau ada Helikopter



Sebagai rakyat biasa yang berpendapatan sederhana, adalah menjadi angan-angan mat jenin jika anda mengimpikan memiliki sebuah helikopter peribadi. Mana tidaknya harga sebuah helikopter biasanya mencecah nilai jutaan ringgit. Anda mampu?.

Saya memang tidak mampu, tetapi tak tahulah suatu hari nanti nasib boleh berubah!. Penggunaan Helikopter adalah suatu kemestian bagi Ahli korporat serta ahli politik kerana dapat mengelakkan kesesakan lalulintas serta menjimatkan masa untuk ke sesuatu destinasi.

Ada beberapa jenis Helikopter antaranya Agusta, Bell,Eurocopter, Robinson, Enstrom, dan Sikorsky. Berikut dipaparkan jenis-jenis Helikopter, mana satu pilihan anda?
Erocopter
Robinson
Sikorsky
Bell
Agusta
Schweizer
Jika ada yang bercadang memilikinya bolehlah membuat tinjauan melalui laman ini.





Friday, March 4, 2011

Francais Usahawan Muda 1Malaysia

Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE 
Perbadanan Nasional Berhad akan menganjurkan program ‘Francais Usahawan Muda 1 Malaysia’ di Pusat Pameran dan Kovensyen MATRADE pada 9 dan 10 Mac 2011. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak, program ini akan menjadi landasan untuk mengumpul usahawan muda yang terlibat dalam perniagaan francais, termasuklah yang menceburi industri makanan, perkhidmatan, dan pakaian. 

Para peserta juga boleh mempromosikan produk mereka di samping menerima pendedahan yang terperinci mengenai perniagaan francais. Selain itu mereka juga akan dapat mempelajari tentang fungsi dan pentadbiran sesuatu syarikat, serta meningkatkan ilmu perniagaan mereka secara keseluruhan. Seminar untuk usahawan francais serta kelulusan pinjaman bersyarat daripada PNS akan ditawarkan. Pendaftaran adalah percuma jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai program hebat ini!.-pns

Airasia Contoh Terbaik


Airasia merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah di rantau ini. Walaupun baru berusia 10 tahun, syarikat tersebut menampakkan peningkatan reputasi yang amat mengagumkan. Lihat sahaja kapasiti Airasia sekarang yang setanding dengan MAS.

Dengan pencapaian tersebut maka tidak hairanlah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes sering mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Semuanya adalah hasil daripada sistem pengurusan yang bijak. Bayangkan, bagaimana Airasia dapat menawarkan harga tiket yang rendah tetapi masih mampu mengaut keuntungan sedangkan syarikat lain seringkali menaikkan harga tiket.

Kekuatan utama Airasia juga melalui ”konsep pejabat terbuka” di mana golongan atasan duduk bersama staf lain, keadaan ini memudahkan pemantauan dan komunikasi antara eksekutif dengan staf. Memang unik pendekatan yang diamalkan oleh Airasia. Kemunculan Airasia juga telah meningkatkan paras penumpang di KLIA sehingga 35 juta orang setahun.

Mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui sesi dialog di Akademi Airasia, juga menasihatkan Syarikat MAS agar mempelajari pendekatan yang diambil oleh Airasia. Bukan bermaksud MAS mengambil alih peranan tambang murah, tetapi mengenal pasti bahagian manakah yang boleh dipelajari. Walaupun kekuatan pada MAS adalah nilai ekslusifnya, namun imej tersebut perlu selari dengan keuntungan yang dicapai. MAS juga perlu keluar dari kepompong lama dalam mempastikan syarikat tersebut terus maju ke hadapan. 

Wednesday, March 2, 2011

1,086 Penjawat Awam Bankrap

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan. Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap dimana72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.- Bernama

Tuesday, March 1, 2011

Kapal AS di Libya?

Kapal USS Kearsarge
Krisis politik di Libya semakin memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) mula meletakkan kapal-kapal perangnya berhampiran perairan negara itu selepas para penunjuk perasaan bertempur dengan tentera upahan Gaddafi.  AS mengumumkan bahawa ia telah menggerakkan kapal induk USS Enterprise dan USS Kearsarge ke perairan Libya. Washington juga meletakkan pesawat-pesawat pejuangnya di dua pangkalan tentera di selatan Itali dalam keadaan siap sedia untuk melakukan misi ketenteraan.
Semua ini rentetan dari tindakan melampau tentera Gaddafi yang menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota. Nampakknya krisis di Libya semakin membahayakan serta memungkinkan keaadaan perang kembali.  Kalau kita susuri punca-puncanya. Anda juga mampu menilainya. 

Wanita Thai paling Celik Kewangan

Satu Kajian pelanggan di 24 pasaran di seluruh Asia Pasifik Timur Tengah Afrika(APMEA) menunjukkan Wanita Thai mendahului senarai Indeks Celik Kewangan dengan 73.9 mata. Mereka mendapat markah tertinggi dalam Perancangan Kewangan (87.0) dan Pelaburan (69.3), menyerlah berbanding 13 pasaran Asia Pasifik lain yang dikaji.Wanita Vietnam pula mendapat tempat keempat dengan markah keseluruhan 70.1

Pasaran membangun Filipina (68.2), Indonesia (66.5) dan Malaysia (66.0) turut berada dalam senarai 10 tertinggi Indeks itu, mendahuluiIndia (61.4), China (60.1), Jepun(55.9) dan KoreaSelatan(59.9).

Ia melibatkan tiga kandungan utama: Pengurusan Wang Asas, yang mengkaji kemahiran responden dalam membuat Bajet dan Simpanan, serta TanggungjawabPenggunaan Kredit dan Perancangan Kewangan. Kajian itu dibuat antara 13 Sept dan 11 Nov 2010 dan akan dijalankan setiap tahun. Pasaran yang dikaji termasuk Australia, China, Mesir, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kenya, Kuwait, Lubnan, Malaysia, Maghribi, New Zealand, Nigeria, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu dan Vietnam. 

Berdasarkan pendedahan Naib presiden Komunikasi, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Georgette Tan, ."Prestasi wanita Thailand dan Vietnam adalah kerana peningkatan socio-ekonomi yang pesat memberikan mereka pengalaman keusahawanan yang berharga, pendedahan kepada konsep perancangan kewangan dan pengurusan wang amat membantu kejayaan tersebut.

Kepada wanita-wanita Malaysia jangan berputus asa. Tingkatkan prestasi dengan mengambil kira faktor-faktor yang menjadi pendorong kejayaan wanita Thai!