Cadangan kenaikan harga baru pakej Astro telah menimbulkan rasa tidak puas hati semua pihak. Apakah Astro tidak untung? Mengapa membebankan lagi rakyat yang sememangnya telah terbeban dengan kos hidup ketika ini? Kesabaran rakyat ada hadnya. Apakah pihak Astro mahu menunggu ramai pelangganya memboikot dan memberhentikan langganan baru mereka sedar?
Kita sedia maklum bahawa Astro merupakan pengendali tunggal siaran berbayar di negara ini. Walaubagaimanapun itu bukanlah alasan pihak Astro dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga pakej langganan. Apakah justifikasi kenaikkan yang dicadangkan ini sedangkan bentuk siaran Astro masih di takuk yang sama? Sejauhmanakah pengaruh justifikasi tersebut(jika ada) sehingga mempengaruhi kenaikkan harga pakej langganan?
Kerajaan seharusnya tegas untuk menyelesaikan isu kenaikkan ini. Walau dengan apa alasan Astro sekali pun kerajaan seharusnya menghalang tindakan Astro demi kepentingan rakyat. Rakyat sememangnya sudah tidak mampu lagi menanggung yuran langganan jika harga pakej tesebut dinaikkan juga.
Apa-apa pun kita tunggu apakah hasil perbincangan di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Astro sebagaimana dimaklumkan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Joseph Salang Gandum. Moga perbincangan tersebut membuahkan hasil dan diharapkan tiada kenaikkan harga pakej selepas ini.
No comments:
Post a Comment