Sebelum ini telah banyak Skim seumpamanya dilaksanan oleh kerajaan bagi membantu Siswazah mencari pekerjaan. Bagaimana pula dengan Skim latihan Siswazah 1Malaysia? Apakah perbezaannya dengan Skim-Skim latihan sebelum ini?
Melalui Skim Lattihan 1Malaysia, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan. Untuk tujuan tersebut seramai 3,000 siswazah kumpulan pertama akan diambil secara beransur-ansur. Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia
Berilah Skim apa pun, jika pelajar itu sendiri mengambil sikap acuh tak acuh mencari pekerjaan tidak kemana juga. Pelajar seharusnya bersiap sedia untuk mencari pekerjaan pada akhir semester pengajian. Universiti bukanlah tempat pengajian yang berorentasikan peperiksaan semata-mata. Sepanjang pengajian pelajar haruslah membentuk personaliti yang menarik serta meningkatkan tahap komunikasi sebagai persiapan untuk menghadapi temuduga kelak.
Apa-apa pun diharapkan dengan pelancaran Skim latihan 1Malaysia hari ini, ia dapat mencapai matlamatnya menjadi medan baru kepada Siswazah untuk melangkah ke alam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment