Monday, May 23, 2011

Nelayan Mati dibaham Buaya

Mayat Mankay Goreh dijumpai di Lubok Nyiar, Kabong
Kabong, Sarawak, Ahad- Seorang lelaki berusia 42 tahun menjadi mangsa terbaru serangan buaya di kampung Empelam dekat sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.40 pagi ini. Mangsa, Mankay Gohen atau dikenali sebagi Wak berasal dari serian dibaham buaya semasa bersiap sedia hendak pulang selepas mengangkat pukat (belat) yang dipasang mangsa bersama rakannya pada sebelah siang untuk menangkap udang.

Rakannya, Ahim Wak, 39, memberitahu ketika kejadian semau pukat sudah ditarik naik ke atas perahu dan jarak lokasi kejadian dengan jeti kampung hanya lima minit perjalanan dengan bot yang digunakan.Pada pagi itu,mereka memperolehi kira-kira lima kilogram udang untuk dibawa balik. Katanya,mangsa yang berada di bahagian haluan sedang mencuci tangan dan bersiap sedia untuk pulang pada pagi itu.

“Ketika itulah secara tiba-tiba seekor buaya besar muncul dari permukaan air lalu memyambar bahagian tangan kanan mangsa.Melihat keadaan itu,saya terus menyelamatkan mangsa namun saya hanya sempat menyambar kepala mangsa agak pendek,hanya lampu kepalanya yang berada di dalam terkaman saya,”katanya ketika menceritakan kejadian itu.

Menurut Ahim,mangsa terus hilang dalam kegelapan cahaya dinihari.Usahanya meraung beberapa kali memanggil mangsa tidak berhasil. Justeru katanya, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada penduduk kampong. Menurut ahim lagi, ukuran panjang buaya itu kira-kira15 meter dan sudah berusia memandangkan kepalanya bewarna kehitam-hitaman. Gerakan mencari mangsa terus dilakukan penduduk dengan turut diserta Pegawai Tadbir Sarawak Kabong, Nazari Bujang yang dimaklumkan penduduk mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2.50 pagi.

Mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui di kawasan hulu Sungai nyiar setengah jam dari kawasan kejadian. Terdapat kesan calar di bahagian dada, luka di kepala serta patah dan tangan kanan mangsa telah patah.

Mangsa telah meninggalkan Isteri, Sepaun Ramli serta enam anak yang berusia enam hingga 18 tahun. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok kira-kira jam 11 pagi tadi. Kejadian amukan buaya ganas di Kampung Empelam kali ini adalah kedua selepas kejadian pada tahun 2008 juga mengorbankan seorang mangsa. Malah mayat mangsa juga ditemui di lubuk yang sama. utusan sarawak



2 comments:

  1. buaya tu menunggu peluang saja... asal hulur untuk basuh tangan terus diterkam. mmg buaya tu meletakkan manusia sebagai mangsanya.

    ReplyDelete
  2. NHZ, tu la sy tak faham sedangkan memang dh ada kes di tempat yg sama sblm ni. kenapa la msh ada lagi berani menempah maut di situ..

    ReplyDelete