Tuesday, May 31, 2011

Skim Latihan Siswazah 1 Malaysia

Sebelum ini telah banyak Skim seumpamanya dilaksanan oleh kerajaan bagi membantu Siswazah mencari pekerjaan. Bagaimana pula dengan Skim latihan Siswazah 1Malaysia? Apakah perbezaannya dengan Skim-Skim latihan sebelum ini?

Melalui Skim Lattihan 1Malaysia, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan. Untuk tujuan tersebut seramai 3,000 siswazah kumpulan pertama akan diambil secara beransur-ansur. Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia

Berilah Skim apa pun, jika pelajar itu sendiri mengambil sikap acuh tak acuh mencari pekerjaan tidak kemana juga. Pelajar seharusnya bersiap sedia untuk mencari pekerjaan pada akhir semester pengajian. Universiti bukanlah tempat pengajian  yang berorentasikan peperiksaan semata-mata. Sepanjang pengajian pelajar haruslah membentuk personaliti yang menarik serta meningkatkan tahap komunikasi sebagai persiapan untuk menghadapi temuduga kelak.

Apa-apa pun diharapkan dengan pelancaran Skim latihan 1Malaysia hari ini, ia dapat mencapai matlamatnya menjadi medan baru kepada Siswazah untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Monday, May 30, 2011

Akademi Perlumbaan


PUTRAJAYA: Sebuah akademi bagi melatih bakat muda menjadi pelumba profesional diwujudkan tahun depan bagi memupuk amalan menunggang motosikal dengan betul dan selamat serta mengekang budaya lumba haram. 

Ketua Operasi Ride It Right Management Sdn Bhd, Fadzil Ibrahim, berkata akademi yang membabitkan perbelanjaan RM1 juta itu bukan saja melahirkan pelumba profesional, sebaliknya dapat menyebar pengetahuan kaedah lebih berhemah menunggang motosikal, sekali gus mengurangkan nahas.

“Kita mencari lokasi sesuai dan ia mungkin di Melaka. Pertubuhan akademi pertama seumpamanya di negara ini akan mampu memberi kesan positif kepada belia,” katanya di tapak Himpunan Sejuta Belia 2011 di di sini, semalam

Jelas beliau, pihaknya kini hanya mempunyai Akademi Perlumbaan Ride It Right bergerak di enam negeri yang menawarkan latihan intensif dan menggilap bakat pelumba untuk menyertai sirkit tempatan atau antarabangsa. 

Kelab Ride It Right mempunyai lebih 40,000 ahli sejak dilancarkan tahun lalu dengan lebih 7,000 ahli diterima dalam tempoh tiga hari Himpunan Sejuta Belia 2011. 

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan lebih 150,000 belia menjadi pemegang kad keahlian Ride It Right menjelang akhir 2012. [berita harian]

Gejala merempit semakin menjadi-jadi serta tiada kesudahannya. Pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak menampakkan keberkesannya. Sehubungan itu, diharapkan dengan akademi ini akan memberikan impak positif dalam mengekang gejala lumba haram. Pendekatan melalui Akademi Perlumbaan Ride It Right amat menarik dan diyakini dapat menarik lebih ramai lagi belia untuk menyertai program ini. Semoga usaha Ride It Right Management Sdn Bhd ini mendapat sambutan yang berterusan dengan sokongan semua puak demi kebaikan bersama. Klik di sini untuk mengetahui maklumat lanjut.

Friday, May 27, 2011

Siti sertai Askar Wataniah?


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, antara selebriti yang menyatakan persetujuan menyertai Askar Wataniah (AW) menerusi platun khusus dianggotai penggiat seni yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penyanyi nombor satu negara itu memaklumkan kepadanya hasrat menyertai AW selepas mendapat kebenaran suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti Nurhaliza bersama selebriti lain akan menjadi ikon AW dan diharap penyertaan mereka menarik minat ramai menganggotai pasukan terbabit,” katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semalam. Ahmad Zahid berkata, seperti anggota AW lain yang menyertai pasukan itu secara sukarela, Siti Nurhaliza bersama barisan artis terbabit tidak terkecuali diwajibkan mengikuti latihan 39jam setahun, selain perlu mematuhi syarat ditetapkan. 

“Kita bercadang membawa semua selebriti mengikuti siri jelajah ke seluruh negara dengan beruniform lengkap bagi menarik golongan muda menyertai AW,” katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, melanjutkan tempoh latihan serta mengemaskini modul latihan fizikal dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara cadangan sedang diteliti kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan lagi keberkesanan program itu terhadap generasi muda. [berita harian]

Tahniah Siti, anda memang ikon hebat. Moga penyertaan anda akan menjadi contoh kepada generasi muda sekarang. Walaupun telah bergelar Datuk dan Jutawan tetapi anda masih boleh untuk menyertai latihan yang memerlukan kesabaran serta komitmen yang tinggi. Sesuai dengan resmi padi ”semakan berisi semakin tunduk”. 

Monday, May 23, 2011

Nelayan Mati dibaham Buaya

Mayat Mankay Goreh dijumpai di Lubok Nyiar, Kabong
Kabong, Sarawak, Ahad- Seorang lelaki berusia 42 tahun menjadi mangsa terbaru serangan buaya di kampung Empelam dekat sini dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.40 pagi ini. Mangsa, Mankay Gohen atau dikenali sebagi Wak berasal dari serian dibaham buaya semasa bersiap sedia hendak pulang selepas mengangkat pukat (belat) yang dipasang mangsa bersama rakannya pada sebelah siang untuk menangkap udang.

Rakannya, Ahim Wak, 39, memberitahu ketika kejadian semau pukat sudah ditarik naik ke atas perahu dan jarak lokasi kejadian dengan jeti kampung hanya lima minit perjalanan dengan bot yang digunakan.Pada pagi itu,mereka memperolehi kira-kira lima kilogram udang untuk dibawa balik. Katanya,mangsa yang berada di bahagian haluan sedang mencuci tangan dan bersiap sedia untuk pulang pada pagi itu.

“Ketika itulah secara tiba-tiba seekor buaya besar muncul dari permukaan air lalu memyambar bahagian tangan kanan mangsa.Melihat keadaan itu,saya terus menyelamatkan mangsa namun saya hanya sempat menyambar kepala mangsa agak pendek,hanya lampu kepalanya yang berada di dalam terkaman saya,”katanya ketika menceritakan kejadian itu.

Menurut Ahim,mangsa terus hilang dalam kegelapan cahaya dinihari.Usahanya meraung beberapa kali memanggil mangsa tidak berhasil. Justeru katanya, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada penduduk kampong. Menurut ahim lagi, ukuran panjang buaya itu kira-kira15 meter dan sudah berusia memandangkan kepalanya bewarna kehitam-hitaman. Gerakan mencari mangsa terus dilakukan penduduk dengan turut diserta Pegawai Tadbir Sarawak Kabong, Nazari Bujang yang dimaklumkan penduduk mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 2.50 pagi.

Mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui di kawasan hulu Sungai nyiar setengah jam dari kawasan kejadian. Terdapat kesan calar di bahagian dada, luka di kepala serta patah dan tangan kanan mangsa telah patah.

Mangsa telah meninggalkan Isteri, Sepaun Ramli serta enam anak yang berusia enam hingga 18 tahun. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok kira-kira jam 11 pagi tadi. Kejadian amukan buaya ganas di Kampung Empelam kali ini adalah kedua selepas kejadian pada tahun 2008 juga mengorbankan seorang mangsa. Malah mayat mangsa juga ditemui di lubuk yang sama. utusan sarawak



Sarawak tuan rumah Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-54


KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 dari 13 hingga 17 Jun di dewan baru Majlis Islam Sarawak di sini. 

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka melakukan upacara perasmian pada sebelah malam 13 Jun di dewan tersebut yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang selain 1,200 orang lagi di luar dewan.
Dewan Majlis Islam Sarawak

"Dewan baru ini dijangka siap pada penghujung bulan ini dan kita akan memastikan semua siap sedia termasuk sistem bunyi sebelum majlis tilawah tersebut bermula," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek dewan tersebut yang bernilai lebih RM20 juta hari ini.

Beliau berkata, upacara penutupan majlis tilawah akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata, dewan baru itu boleh digunakan untuk penganjuran kursus, konvesyen dan majlis perkahwinan selepas majlis tilawah berakhir. berita harian

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat


Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya. Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - bernama

Takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah.

Seramai 91,362 rakyat negara ini dijangkiti HIV sejak 1989


KOTA BHARU 22 Mei - Seramai 91,362 rakyat Malaysia telah dijangkiti HIV sejak virus tersebut kali pertama dilaporkan di negara ini pada 1986 dan bagi tempoh sama seramai 16,352 orang disahkan menghidap AIDS.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 12,943 kematian telah direkodkan disebabkan oleh epidemik itu.

Jelas beliau, kaum lelaki mencatatkan jumlah terbanyak yang dikesan menghidap HIV/AIDS iaitu sebanyak 97,085 orang dan daripada jumlah itu, seramai 11,239 telah meninggal dunia.
"Statistik turut menunjukkan seramai 10,629 wanita telah dijangkiti bermula 1988 dan daripadanya seramai 1,704 orang telah terkorban.

"Ini adalah statistik yang dikeluarkan Majlis AIDS Malaysia (MAC) melalui sumber yang diterima daripada Unit Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya ketika ditemui pada Bengkel Latihan Fasilitator Manual Islam dan HIV/AIDS Kelantan di sini, hari ini. - Utusan

Wednesday, May 18, 2011

Ajal selepas sambut Hari Guru

MOHD. AZLIZAN menunjukkan lokasi Mohd. Anuar dan Md. Iskandar menghembuskan 
nafas yang terakhir selepas cuba diselamatkan daripada lemas di Pantai Penunjuk, Kijal semalam.

KEMAMAN - Kegembiraan dua guru lelaki yang pergi mandi-manda di Pantai Penunjuk, Kijal di sini sempena cuti Hari Wesak dan sambutan Hari Guru berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Mohd. Anuar Harun, 28, dari Marang dan Md. Iskandar Arif, 26, dari Muar meninggal dunia selepas gagal diselamatkan daripada lemas ketika mandi di situ.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa cuba membantu rakannya yang lemas sebelum kedua-duanya tenggelam di laut. Mereka ke situ tanpa ditemani guru-guru lain.
Mohd. Anuar mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Agama Islam manakala Md. Iskandar merupakan guru J-Qaf. Kedua-dua mereka bertugas di Sekolah Kebangsaan Kijal.
Sehari sebelum kejadian, Mohd. Anuar dikatakan telah menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Dulu dendangan Alleycats ketika menyambut Hari Guru di sekolah itu yang seolah-olah menjadi petanda ajalnya bakal tiba.

Perubahan sikap Md. Iskandar daripada seorang yang ceria kepada guru yang murung dengan hanya duduk di kerusi ketika sambutan hari berkenaan turut dikatakan petanda awal dia akan menemui ajal. kosmo

Tuesday, May 10, 2011

Ribut Aere Punca Kepanasan Luar Biasa?


KUALA LUMPUR: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempohterdekat.Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.

“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya. Berita Harian

Patutla lain macam rasa cuaca sekarang, harap-harap suhu yang terlalu panas ini tidak berlarutan.

Thursday, May 5, 2011

Motosikal Lebih 15 Tahun Tidak Perlu Jalani Pemeriksaan


KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan.

Beliau berkata setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.

"Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata sebarang keputusan mewujudkan peratuan baru adalah bertujuan baik iaitu meningkatkan tahap keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

"Setiap keputusan adalah berlunaskan pertimbangan kepada rakyat dengan mengambil kira situasi kadar kemalangan di negara ini yang masih tinggi iaitu sekitar 6,800 orang setahun atau purata 19 kematian sehari," katanya.
Harian Metro