Rakyat Malaysia yang berbilang Kaum dan Agama |
Alhamdulillah, syukur kerana negara kita aman dan damai. Malaysia dengan rakyatnya berbilang kaum masih lagi bersatu padu hidup dalam suasana harmoni.
Muammar Gaddafi |
Tidak seperti negara-negara Arab yang bergolak ketika ini. Semuanya bermula dengan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Terbaru adalah desakan pengunduran Pemimpin Libya Muammar Gaddafi. Natijah dari keadaan huru hara di Libya telah menyebabkan beberapa diplomat asing memutuskan hubungan dengan Libya.
Pergolakan di Libya telah menyebabkan 200 orang awam terbunuh. Situasi kritikal ini telah menyebabkan kerajaan melakukan operasi membawa pulang pelajar Malaysia dengan kadar segera. Apa yang kita harapkan agar keadaan huru-hara di Negara-negara Arab dapat diselesaikan dengan segera.
Penduduk Libya yang terbunuh |
alhamdulillah
ReplyDelete