Friday, February 25, 2011

Berilah Semangat Kepada Skuad Olimpik Negara

Umum maklum kemenangan skuad Olimpik negara ketika menundukkan pakistan 2-0 merupakan satu detik permulaan untuk kelayakan Sukan Olimpik di London 2012. Walaupun kita menang dalam perlawanan tersebut, masih ada lagi yang skeptikal dengan keupayaan Skuad Olimpik untuk beraksi di Lahore pada 9 Mac ini.

Walaupun beraksi dengan banyak percubaan yang gagal pada malam tersebut. Ia bukanlah ruang besar untuk kita melemahkan semangat pemain. Berilah kata-kata semangat yang membina untuk skuad Olimpik kita. Motivasi dari kita sebagai rakyat Malaysia amat penting sebagai bekalan skuad ketika di Lahore nanti.

Jika diukur, memanglah cabaran masih jauh untuk melepasi dua lagi pusingan kelayakan kerana 11 pemenang di pusingan pertama akan bersaing dengan 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi. Janganlah kita mudah beralah, apa yang penting berilah dorongan kepada mereka untuk mengubah rentak permainan dengan kemas.

Saya sangat pantang dengan mereka yang bersikap negatif kepada skuad negara. Perlawanan di Lahore belum bermula tapi suara sumbang banyak kedengaran. Inilah masalah kita. Jika begitu dimanakah letaknya slogan Malaysia Boleh?

Saya sangat-sangat berharap agar pihak-pihak berkenaan menghentikan provokasi yang boleh merencatkan pembangunan sukan bolasepak negara kita. Berfikirlah secara positif. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka mencapai kemenangan



No comments:

Post a Comment