Sunday, February 27, 2011

Arsenal Vs Birmingham City


Malam ini adalah malam penentuan siapakah Juara Piala Liga. Arsenal pastinya menjadi pasukan pilihan saya. 

Walaupun Cesc Fabregas dan Theo Walcott mengalami kecederaan, Saya jangkakan Wenger mungkin mengharapkan kreativiti Samir Nasri atau Andrei Arshavin dalam merobek lawan nanti disamping kesebelasan pemain yang akan diturunkan dengan kehebatan jentera serangan Gunners yang ditunjangi Robin Van Persie. 

Saksikan perlawanan melalui Astro Supersport 3 ataupun melalui online.

World Press Photo of the Year

Gambar di Mogadisu, Somalia,  Hadiah Pertama Kehidupan Harian Tunggal


Sekeping gambar sememangnya menimbulkan pelbagai andaian dan seribu maksud kepada kita. Cuba lihat gambar di atas. Apa persepsi anda?

Gambar yang menunjukkan seorang pemuda memikul jerung di Mogadishu, Somalia. Untuk makluman gambar tersebut telah memenangi Hadiah Pertama bagi kategori kehidupan Tunggal anjuran World Press Photo of the Year. Sungguh unik dan mengagumkan. Ia adalah hasil jurufoto Omar Feisal.

Pemilihan pemenang untuk tahun 2010 yang diumumkan pada tahun ini memaparkan imej-emej penuh kegelapan, kesengsaraan, malapetaka, konflik dan kemusnahan alam

Kepada semua peminat fotografi cubalah explore lebih jauh kreativiti anda!

Friday, February 25, 2011

Berilah Semangat Kepada Skuad Olimpik Negara

Umum maklum kemenangan skuad Olimpik negara ketika menundukkan pakistan 2-0 merupakan satu detik permulaan untuk kelayakan Sukan Olimpik di London 2012. Walaupun kita menang dalam perlawanan tersebut, masih ada lagi yang skeptikal dengan keupayaan Skuad Olimpik untuk beraksi di Lahore pada 9 Mac ini.

Walaupun beraksi dengan banyak percubaan yang gagal pada malam tersebut. Ia bukanlah ruang besar untuk kita melemahkan semangat pemain. Berilah kata-kata semangat yang membina untuk skuad Olimpik kita. Motivasi dari kita sebagai rakyat Malaysia amat penting sebagai bekalan skuad ketika di Lahore nanti.

Jika diukur, memanglah cabaran masih jauh untuk melepasi dua lagi pusingan kelayakan kerana 11 pemenang di pusingan pertama akan bersaing dengan 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi. Janganlah kita mudah beralah, apa yang penting berilah dorongan kepada mereka untuk mengubah rentak permainan dengan kemas.

Saya sangat pantang dengan mereka yang bersikap negatif kepada skuad negara. Perlawanan di Lahore belum bermula tapi suara sumbang banyak kedengaran. Inilah masalah kita. Jika begitu dimanakah letaknya slogan Malaysia Boleh?

Saya sangat-sangat berharap agar pihak-pihak berkenaan menghentikan provokasi yang boleh merencatkan pembangunan sukan bolasepak negara kita. Berfikirlah secara positif. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka mencapai kemenangan



Pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan

Saya amat mengalu-alukan langkah  drastik kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau singkatannya YBGK pada hari ini. Penubuhannya adalah selaras dengan semangat kesamarataan melalui Fasal 1 Perkara 8 dalam Perlembagaan iaitu;

” Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”

 Walaupun kita mempunyai Biro Bantuan Guaman, Fungsi YBGK  ini lebih luas dengan matlamat utama menyediakan khidmat bantuan guaman kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun dalam mendapatkan pembelaan ketika ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

Untuk makluman pembaca semua, YBGK ditubuhkan dengan geran permulaan RM5Juta. Terdapat 12 anggota Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K. Ragunath sebagai Timbalan pengerusi.

Perdana Menteri melalui ucapan pelancaran YBGK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya siang tadi, berpesan agar YBGK dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

PIKOM PC Fair 2011


Berita baik untuk anda semua, PIKOM Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (THE NATIONAL ICT ASSOCIATION OF MALAYSIA) sekali lagi menganjurkan Pameran Komputer dan Multimedia untuk tahun 2011. Lokasi pertama pameran bermula pada hari ini hingga Ahad 27 Februari 2011 bertempat di International Trade Centre MITC, Melaka (Rujuk Jadual Penuh).

 Jadual PIKOM PC Fair 2011
 Tarikh
Lokasi

25 – 27 /02/11
(Jumaat -Ahad)
Melaka International Trade Centre (MITC) MELAKA
04 – 06 /02/11
(Jumaat- Ahad)

Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU
Dewan Jubli Intan MUAR
Sultan Ahmad Shah (SAS) Convention Centre, The Zenith Hotel, KUANTAN
10 – 12 /03/11
(Khamis-Sabtu)


Kompleks Balai Islam, KOTA BHARU
Terengganu Trade Centre, KUALA TERENGGANU

11 – 13 /03/11
(Jumaat-Ahad)

LG Carpark Exhibition Hall, 1Borneo, KOTA KINABALU
Dewan Tunku, KOMTAR, P. PINANG

15 – 17/04/11
(Jumaat-Ahad)




KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
Batu Pahat Mall, BATU PAHAT 
Village Mall, SUNGAI PETANI  
Dewan Masyarakat, TAWAU 
22– 24/04/11
(Jumaat-Ahad)

Dewan Masyarakat, SANDAKAN 
Miri Indoor Stadium, MIRI 
Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU 
Dewan Merdeka, SERI MANJUNG PERAK
06– 8/05/11
(Jumaat-Ahad)

Permata Car Park, KUCHING
Penang International Sports Arena (PISA), PULAU PINANG
19– 21/05/11
(Khamis-Sabtu)


Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU 
20– 22/05/11
(Jumaat-Ahad)
Stadium Indera Mulia, IPOH 


Setiap tahun, saya memang tidak terlepas untuk berkunjung ke PIKOM PC Fair kerana melaluinya saya mendapat pakej harga yang terbaik. Saya ibaratkannya sebagai One Stop Centre untuk semua produk komputer dan multimedia dimana semua gadjet terbaru boleh diperolehi dalam satu tempat. 

Paling menarik sempena sambutan ulang tahun PIKOM ke-25 juga, satu hadiah utama berupa Mazda 2 DN78 RAB (Special Edition) bernilai lebih RM100,000 akan diberikan kepada seorang pengunjung bertuah. Wow! Untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah tersebut, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 dalam satu resit tunggal di mana-mana lokasi PC Fair seluruh negara. Berbaloi bukan? Apa tunggu lagi datang jangan tak datang! 


Thursday, February 24, 2011

Study Malaysia Education Fair 2011




Study Malaysia Education Fair 2011 anjuran Challenger Concept (M) Sdn Bhd akan diadakan di negeri  Sabah dan Sarawak. Program ini mendapat sokongan dan maklumbalas yang amat menggalakkan daripada pelajar, guru kaunseling dan ibubapa. Berdasarkan sambutan tersebut perogram ini diteruskan lagi pada tahun ini.


Study Malaysia Education Fair 2011 berperanan dalam memberi maklumat terkini mengenai pelbagai program pengajian tinggi, biasiswa serta pebiayaan pendidikan.

Butiran lanjut pameran  seperti berikut;



NEGERI

TARIKH

TEMPAT

SABAH

5 – 6 Mac 2011 (Sabtu – Ahad)

Suria Sabah Shopping Mall,

Kota Kinabalu


              SARAWAK

12 – 13 Mac  2011 (Sabtu – Ahad)

Permata Exhibition Hall,Taman Kereta, Kuching



Untuk Jadual aktiviti klik di sini. Maklumat lanjut sila hubungi talian 03-78803837 atau emel terus event@studymalaysia.com

Wednesday, February 23, 2011

Karnival Jom Masuk U di Sarawak





Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011, ’Jom masuk U’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi kembali lagi di Kuching, Sarawak  pada 19 hingga 20 Mac 2011 (Sabtu dan Ahad) bertempat di   Permata Exhibition Hall.

Kepada kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa serta masyarakat setempat di Sarawak jangan lepaskan peluang ini kerana pelbagai informasi penting tentang IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Kaunselor Negeri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

Untuk lokasi seterunya Karnival ini akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak  pada 26 hingga 27 Mac 2011 dan Mines International Exhibition Centre,  Seri Kembangan, Selangor pada 02 hingga 03 April 2011

 Jom datang beramai-ramai pelbagai aktiviti menarik serta cabutan bertuah menanti anda.

Bersyukur Negaraku Aman

Rakyat Malaysia yang berbilang Kaum dan Agama
Alhamdulillah, syukur kerana negara kita aman dan damai. Malaysia dengan rakyatnya berbilang kaum masih lagi bersatu padu hidup dalam suasana harmoni.


  Muammar Gaddafi 
Tidak seperti negara-negara Arab yang bergolak ketika ini. Semuanya bermula dengan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Terbaru adalah desakan pengunduran Pemimpin Libya Muammar Gaddafi. Natijah dari keadaan huru hara di Libya telah menyebabkan beberapa diplomat asing memutuskan hubungan dengan Libya.

Pergolakan di Libya telah menyebabkan 200 orang awam terbunuh. Situasi kritikal ini telah menyebabkan kerajaan melakukan operasi membawa pulang pelajar Malaysia dengan kadar segera. Apa yang kita harapkan agar keadaan huru-hara di Negara-negara Arab dapat diselesaikan dengan segera.

 Penduduk Libya yang terbunuh     
                                                                                                             
                                                    










                                                                                         
                                                                                                                        

Tuesday, February 22, 2011

Kes Buang Bayi Lagi?


      Polis Membawa Mayat Bayi Lelaki
                         

Amat mendukacitakan sikap segelintir masyarakat kita sekarang, Kes pembuangan bayi masih lagi berlaku. Kenapa masyarakat kita begitu kejam? Bayi yang tidak berdosa dibuang di merata tempat. Di manakah letaknya nilai kemanusiaan kita? 

Kes terbaru di Pontian Johor, Mayat bayi lelaki dijumpai di atas pam tandas sebuah Stesen Minyak. Mayat bayi tersebut tiada kesan darah serta tali pusatnya telah dipotong dan dijumpai oleh seorang warga emas. 

Pihak Polis sedang menyiasat kes ini dan dengan adanya CCTV di Stesen berkenaan akan memudahkan siasatan. Semoga manusia yang keji ini dapat dikesan dengan segera dan dibawa ke muka pengadilan. Kasian anak yang tidak berdosa.




                                                 Gambar pembuangan bayi sebelum ini




HOW DO YOU DEFINE 'HEALTHY'?. click here





Sunday, February 20, 2011

The Summer Shopping Mall, Pertama di Samarahan



Shopping Mall pertama di Kota Samarahan, Sarawak iaitu The Summer Shopping Mall akan dibuka pada tahun 2012. Siapnya projek tersebut nanti akan memberi impak positif dalam merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Kota Samarahan. Di tambah pula dengan kedudukan strategik berdekatan dengan taman perumahan, pusat komersil, dan Institut pendidikan seperti UNIMAS dan UiTM.

The Summer Shopping Mall akan menempatkan Hypermarket, Cineplex, food court, Cyber Café serta lebih 230 kedai tempatan dan antarabangsa. Satu lagi mercu tanda samarahan, semoga semua rakyat mendapat manfaatnya.


p/s Putramunjan mengharapkan agar projek ini siap seperti yang dirancangkan.



Salam Semua

Sudah lama saya tidak update blog ini. Almaklumla kerana kekangan masa. Untuk tahun 2011 ini saya akan cuba memberi input terkini dari masa ke semasa kepada anda semua.