Monday, December 7, 2009

ANTARA 100 PEMIKIR TERBAIK DUNIA



Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.


Berikut adalah huraian yang dipetik dari "100 Top Global Thinkers of 2009 "

32. Anwar Ibrahim

for challenging the Muslim world to embrace democracy.

Opposition leader | People's Justice Party | Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

Monday, October 26, 2009

BAJET 2010 DAN PERUNTUKAN JALAN SIMUNJAN

Bajet 2010 memperuntukkan RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar. Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan jalan luar bandar sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan RM857 juta iaitu di Kapit, Lawas dan Simunjan Sarawak, serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. Sehubungan itu, satu pelan induk akan dirangkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi memastikan ianya terlaksana.

Projek Jalan Gedong-Simunjan

Peruntukan tersebut juga mencakupi pembinaan jalan raya yang menghubungkan Jalan Gedong-Simunjan yang melibatkan pembinaan jambatan merentasi sungai Simunjan terus ke jalan Kampung Sageng. Pembinaannya mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk di dalam Daerah Simunjan.

Di samping itu, pembinaan jalan tersebut juga akan memberi keselesaan kepada 30,000 penduduk yang telah lama menanti supaya dapat dibina sebuah jalan berturap di kawasan berkenaan.

Projek yang bernilai RM120 juta dan sepanjang 20 kilometer itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pakej pertamanya membabitkan peruntukan sebanyak RM45 juta.

Dengan adanya peruntukan ini, kita mengharapkan agar ia dapat diuruskan dengan bijaksana. Pembinaannya bukan sekadar untuk melepaskan batuk ditangga, tetapi rakyat mahukan jalan yang berkualiti, kita tidak mahu jalan yang siap hanya untuk keselesaan 2-3 tahun sahaja. Sesungguhnya rakyat Simunjan tidak mahu jalan yang siap indah khabar dari rupa.

Thursday, October 22, 2009

Bayi Pertama Air Asia


Liew, 31, yang mengandung 27 minggu menaiki penerbangan Airbus A320 seorang diri untuk pulang ke kampungnya di Kuching, Sarawak sementara menunggu kelahiran bayi keduanya itu yang dijangka Disember ini. 



Bagaimanapun, bayi berkenaan seolah-olah tidak sabar untuk melihat dunia dan selamat dilahirkan dalam pesawat Airbus A320, AK6506 pada ketinggian 2,000 kaki di atas udara dengan bantuan seorang doktor, iaitu Dr Ronald Tang yang kebetulan menaiki pesawat sama. Liew selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang secara normal hasil bantuan doktor terbabit dan kru penerbangan yang menyediakan tempat selesa bagi membolehkan dia melahirkan bayinya.

Liew berterima kasih kepada Dr Ronald dan semua kru penerbangan yang membantu saya menghadapi saat getir ini. 


“Ini satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat,” katanya yang bekerja sebagai pelayan restoran di Taiping, Perak. 


Kejadian itu menyebabkan AirAsia terpaksa melencongkan penerbangan yang berlepas pada jam 7.05 malam dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor.



Sebaik mendarat di LCCT, ambulans dan paramedik sudah menunggu di lapangan terbang bagi membawa wanita itu dan bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.Bayi berkenaan dalam keadaan sihat, tetapi ditahan di wad kerana kelahiran pramatang.


Berikutan bayi lelaki itu yang pertama dilahirkan dalam pesawat, AirAsia memberi penghargaan kepada Liew dan bayi nya dengan memberikan keistimewaan untuk menikmati penerbangan percuma seumur hidup bagi semua destinasi AirAsia kecuali AirAsia X.


Penghargaan itu disampaikan Ketua Operasi Serantau AirAsia, Moses Devanayagam ketika melawat Liew di Hospital Putrajaya di sini bersama sembilan anak kapal lain, petang semalam.Sementara itu, Moses berkata kelahiran bayi berkenaan sesuatu yang istimewa kerana tidak pernah ada kejadian sama berlaku sebelum ini.

Liew bernasib baik kerana dapat melahirkan bayi tersebut dalam keadaan selamat, namum keadaan semasa situasi kelahiran tersebut tidak dapat kita bayangkan. Hanya penumpang dalam pesawat tersebut sahaja secara tidak langsung mengikuti getir kelahiran itu. Mungkin Liew boleh menimbangkan untuk memberi nama anak tersebut sebagai "Oneairasia".

Monday, October 19, 2009

DARI BAGAN PINANG

Umum mengetahui calon BN Tan Sri Isa Samad tetap menang besar dengan jumlah 5,345 undi. Beliau yang mendapat 8,013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,578 undi. Manakala bagi undi pos pula, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

DUN Bagan Pinang mempunyai jumlah pengundi pos yang sangat ramai, 4,611 daripada keseluruhan 13,664 pengundi. Seramai 4,571 merupakan anggota tentera.

Sampai bilakah BN hanya mengharapkan Undi Pos untuk menang?

16 SEPTEMBER CUTI UMUM

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

"Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung," katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

"Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek," katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

"Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

"Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi.

"Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

"Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian... tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

"Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020," katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. BERNAMA

Wednesday, September 16, 2009

Hakisan Sungai Batang Sadong

Sungai Batang Sadong
Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama bagi Daerah Simunjan. Jarak Simunjan melalui Sungai Batang Sadong ke Kuching adalah 103 km. Sungai Batang Sadong merupakan sungai yang sangat penting sebagai pengangkutan terawal yang menghubungkan Simunjan dengan Kuching.

Di sepanjang aliran sungai Batang Sadong, pelbagai aktiviti berlaku seperti proses hakisan pemendapan dan pengangkutan. Kadar aktiviti –aktiviti dipengaruhi oleh faktor Isipadu air sungai iaitu keupayaan sungai untuk menghakis bertambah apabila hujan lebat dan waktu banjir berlaku. Begitu juga dengan halaju sungai yang mengalir deras di kawasan bercerun curam akan menjalankan hakisan dengan aktif. Beban yang dibawa oleh aliran sungai membolehkan dasar dan tebing terhakis. Wujudkan hakisan tanah memberi kesan secara langsung perubahan bentuk muka bumi di Simunjan. Hakisan Sungai Batang Sadong telah memusnaskan Kampung Lintang serta sebahagian daripada Kampung Sageng

 Kampung Sageng Hilir semakin pupus kesan hakisan Batang Sadong
Sehubungan itu, Kerajaan haruslah mengambil langkah proaktif bagi membendung hakisan ini. Jika ia dibiarkan, tidak mustahil Pekan Simunjan, Kampung Sageng dan kampung sekitarnya juga akan mengalami nasib yang sama seperti Kampung Lintang. Mungkin ada pihak yang memandang enteng tentang hakisan ini. Sedarlah bahawa masih ada ruang untuk memperbaki keadaan. Cukuplah dengan kemusnahan Pekan Lama Simunjan. Justeru, Adalah diharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi hakisan ini daripada berlarutan.

Friday, September 11, 2009

Moga Rakyat Kita Selamat!

Kita mengharapkan tiada apa-apa berlaku terhadap rakyat Malaysia yang berada di Indonesia. Pihak Kedutaan Indonesia menyatakan Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia di republik tersebut, kata dutanya ke Kuala Lumpur hari ini.

Sumber Malaysiakini memaklumkan Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, kedutaan Indonesia di sini telah berhubung dengan pihak berkuasa republik itu untuk “mentertibkan” individu-individu terbabit."Kita memahami masyarakat Malaysia yang ada di Indonesia itu akan khuatir dengan aksi (tindakan) seperti itu.

"Saya sudah berhubungan dengan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan juga kepala polisi Indonesia. Ia disampaikan kepada saya bahawa pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan setimpalnya,” katanya.

"Itu adalah jaminan daripada polis Indonesia akan menyabitkan mereka yang mengambil langkah-langkah sweeping (sekat dan cari orang Malaysia).”

Da'i menjelaskan, tindakan itu bukan sahaja menggangu hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tetapi juga menimbulkan masalah baru seperti ulasan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini. "Boleh saja protes, boleh saja demonstrasi tetapi mesti ikut hukum," kata Da'i, mantan ketua polis Indonesia, di kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak pagi ini.Tambahnya, rakyat Indonesia telah diingatkan supaya tidak bertindak keterlaluan dalam menyatakan protes mereka terhadap isu-isu berkaitan Malaysia.

Katanya lagi, kelompok kecil itu bertindak demikian kerana tidak mengetahui kerajaan Indonesia telah menggunakan ruang diplomasi untuk menyatakan protes ke atas dakwaan Malaysia mencuri kebudayaan negara berkenaan.Isu berkenaan berlarutan daripada penyiaran satu program melalui saluran televisyen Discovery Channel, yang memasukkan visual tarian pendet, yang menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Saluran televisyen tersebut telah meminta maaf berhubung kesilapan mereka.

"Tetapi nampaknya masyarakat kita masih kurang faham. Ada lagi upaya-upaya sekelompok kecil masyarakat yang sampai melakukan tindakan sweeping. Tapi itupun tindakan yang saya kira sudah dibantah oleh kerajaan Indonesia, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan.

"Ketidakpuasan itu sebahagian daripada cara demokrasi di Indonesia. Dan media massa juga akan mengangkat masalah itu dengan harapan kita dapat menyelesaikannya secara diplomasi," kata Da'i.Menteri Luar Datuk Anifah Aman akan bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia bagi membincangkan langkah-langkah memulihkan hubungan dua hala – dijadual pada 15 dan 17 Oktober ini. Presiden Indonesia pula dirancang berkunjung ke negara ini pada bulan depan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dalam usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.