Friday, September 11, 2009

Moga Rakyat Kita Selamat!

Kita mengharapkan tiada apa-apa berlaku terhadap rakyat Malaysia yang berada di Indonesia. Pihak Kedutaan Indonesia menyatakan Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia di republik tersebut, kata dutanya ke Kuala Lumpur hari ini.

Sumber Malaysiakini memaklumkan Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, kedutaan Indonesia di sini telah berhubung dengan pihak berkuasa republik itu untuk “mentertibkan” individu-individu terbabit."Kita memahami masyarakat Malaysia yang ada di Indonesia itu akan khuatir dengan aksi (tindakan) seperti itu.

"Saya sudah berhubungan dengan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan juga kepala polisi Indonesia. Ia disampaikan kepada saya bahawa pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan setimpalnya,” katanya.

"Itu adalah jaminan daripada polis Indonesia akan menyabitkan mereka yang mengambil langkah-langkah sweeping (sekat dan cari orang Malaysia).”

Da'i menjelaskan, tindakan itu bukan sahaja menggangu hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tetapi juga menimbulkan masalah baru seperti ulasan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini. "Boleh saja protes, boleh saja demonstrasi tetapi mesti ikut hukum," kata Da'i, mantan ketua polis Indonesia, di kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak pagi ini.Tambahnya, rakyat Indonesia telah diingatkan supaya tidak bertindak keterlaluan dalam menyatakan protes mereka terhadap isu-isu berkaitan Malaysia.

Katanya lagi, kelompok kecil itu bertindak demikian kerana tidak mengetahui kerajaan Indonesia telah menggunakan ruang diplomasi untuk menyatakan protes ke atas dakwaan Malaysia mencuri kebudayaan negara berkenaan.Isu berkenaan berlarutan daripada penyiaran satu program melalui saluran televisyen Discovery Channel, yang memasukkan visual tarian pendet, yang menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Saluran televisyen tersebut telah meminta maaf berhubung kesilapan mereka.

"Tetapi nampaknya masyarakat kita masih kurang faham. Ada lagi upaya-upaya sekelompok kecil masyarakat yang sampai melakukan tindakan sweeping. Tapi itupun tindakan yang saya kira sudah dibantah oleh kerajaan Indonesia, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan.

"Ketidakpuasan itu sebahagian daripada cara demokrasi di Indonesia. Dan media massa juga akan mengangkat masalah itu dengan harapan kita dapat menyelesaikannya secara diplomasi," kata Da'i.Menteri Luar Datuk Anifah Aman akan bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia bagi membincangkan langkah-langkah memulihkan hubungan dua hala – dijadual pada 15 dan 17 Oktober ini. Presiden Indonesia pula dirancang berkunjung ke negara ini pada bulan depan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dalam usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

No comments:

Post a Comment