Thursday, October 22, 2009

Bayi Pertama Air Asia


Liew, 31, yang mengandung 27 minggu menaiki penerbangan Airbus A320 seorang diri untuk pulang ke kampungnya di Kuching, Sarawak sementara menunggu kelahiran bayi keduanya itu yang dijangka Disember ini. 



Bagaimanapun, bayi berkenaan seolah-olah tidak sabar untuk melihat dunia dan selamat dilahirkan dalam pesawat Airbus A320, AK6506 pada ketinggian 2,000 kaki di atas udara dengan bantuan seorang doktor, iaitu Dr Ronald Tang yang kebetulan menaiki pesawat sama. Liew selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang secara normal hasil bantuan doktor terbabit dan kru penerbangan yang menyediakan tempat selesa bagi membolehkan dia melahirkan bayinya.

Liew berterima kasih kepada Dr Ronald dan semua kru penerbangan yang membantu saya menghadapi saat getir ini. 


“Ini satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat,” katanya yang bekerja sebagai pelayan restoran di Taiping, Perak. 


Kejadian itu menyebabkan AirAsia terpaksa melencongkan penerbangan yang berlepas pada jam 7.05 malam dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor.



Sebaik mendarat di LCCT, ambulans dan paramedik sudah menunggu di lapangan terbang bagi membawa wanita itu dan bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.Bayi berkenaan dalam keadaan sihat, tetapi ditahan di wad kerana kelahiran pramatang.


Berikutan bayi lelaki itu yang pertama dilahirkan dalam pesawat, AirAsia memberi penghargaan kepada Liew dan bayi nya dengan memberikan keistimewaan untuk menikmati penerbangan percuma seumur hidup bagi semua destinasi AirAsia kecuali AirAsia X.


Penghargaan itu disampaikan Ketua Operasi Serantau AirAsia, Moses Devanayagam ketika melawat Liew di Hospital Putrajaya di sini bersama sembilan anak kapal lain, petang semalam.Sementara itu, Moses berkata kelahiran bayi berkenaan sesuatu yang istimewa kerana tidak pernah ada kejadian sama berlaku sebelum ini.

Liew bernasib baik kerana dapat melahirkan bayi tersebut dalam keadaan selamat, namum keadaan semasa situasi kelahiran tersebut tidak dapat kita bayangkan. Hanya penumpang dalam pesawat tersebut sahaja secara tidak langsung mengikuti getir kelahiran itu. Mungkin Liew boleh menimbangkan untuk memberi nama anak tersebut sebagai "Oneairasia".

No comments:

Post a Comment