Syabas kepada Khabir Bhatia kerana sekali lagi telah menghasilkan fenomena baru dalam drama bersiri. Sebelum ini drama bersiri Nur Kasih juga telah mencatatkan jumlah penonton yang tinggi untuk setiap episod. Hasil karya beliau tidak terhenti di situ dan meneruskan tradisi memberikan kelainan dalam karyanya. Terbaru, drama Juvana yang telah disiarkan pada 25 April 2011 dan berakhir pada 18 Julai 2011 juga telah mencetuskan fenomena baru kepada penonton.
Buktinya, Statistik daripada AC Nielsen menunjukkan drama bersiri Juvana telah mencatatkan 4.2 juta penonton untuk episod terakhir. Drama bersiri terbitan Filemscape ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Walaupun ramai bintang baru dalam drama ini, namun kekuatan garapan penceritaan yang berbeza jika dibandingkan dengan drama-drama yang pernah disiarkan oleh TV3 sebelum ini telah menarik perhatian penonton.
Juvana yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan remaja berusia 17 tahun di pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibunya menampilkan kewujudan watak protagonis dan antagonis dalam penceritaan. Dibarisi pelakon utama seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae dan Izreen Azminda telah berjaya menguatkan lagi drama ini.
Drama bersiri Juvana, sememangnya telah banyak memberi pengajaran kepada semua. Semoga Pengarah-pengarah drama lain dapat memberikan suntikan baru serta genre yang berbeza dan menarik selepas ini.
I like...jemputlah datang ke blog baru saya www.recipeohrecipe.blogspot.com ...banyak resipi baru akan diletakkan
ReplyDelete