Thursday, June 23, 2011

Tony Fernandes dapat Anugerah lagi


Tahniah buat Tan Sri Tony Fernandes kerana telah mendapat Anugerah Pengiktirafan Pengarah Korporat Asia. Anugerah tersebut diberikan oleh Corporate Governance Asia di Hong Kong.

Anugerah tersebut adalah satu pengiktirafan Fernandes dalam meningkatkan etika perniagaan, ketelusan dan tanggungjawab sosial korporat dalam perniagaan Airasia. Sebelum ini Fernandes pernah menerima Visionaries & Leadership Series oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia.

Pernah menerima "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia, "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004, dan "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.(Wikipedia)

Walaupun telah banyak menerima Anugerah serta pencapaian luar biasa dalam Airasia, Baginya pencapaian tersebut bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk kakitangan AirAsia yang penuh dedikasi dalam mengembangkan syarikat penerbangan sehingga menjadikan ia semakin kukuh setiap tahun. Seperti resmi padi “Semakin berisi semakan tunduk” begitulah boleh disamakan dengan Fernandes. Sebanyak mana pun pengiktiran yang diberikan di peringkat antarabangsa, namun beliau masih kekal dengan sikap rendah diri dan mengekalkan gaya sederhana dalam penampilannya. Contoh buat semua!




Monday, June 20, 2011

KL Gangster: Fenomena baru Filem Malaysia


Syabas kepada Pengarah muda Syamsul Yusof di atas kejayaan Filem Gangster. Khabarnya kutipan telah mencecah hampir 10juta. Wow! Tidak keterlaluan jika saya katakan filem ini telah mampu memberi saingan yang hebat kepada filem-filem luar lain. Satu rekod yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana filem tempatan sebelum ini. Kelainan yang cuba ditampilkan oleh Syamsul dalam filem ini menjadi. Jalan ceritanya ringkas tetapi padat dengan aksi yang mendebarkan.

Kewujudan Filem Gangster bukan sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi bagi saya banyak memberi pengajaran kepada sesiapa yang menontonnya. Kegagalan dalam Institusi kekeluargaan amat memberi pengajaran yang besar buat kita. Lihatlah bagaimana rosaknya kedua-dua adik Malek(Lakonan Aaron Aziz) setelah beliau dipenjarakan selama lima tahun. Sifat tamak untuk mengejar kemewahan juga terserlah melalui watak Jai (lakonan Ady Putra). Tindakan Jai yang sanggup bermati-matian mempertahankan Shark (Syamsul Yusof) akhirnya berjaya disedarkan oleh Malek.

Hidup selama 5 tahun di dalam penjara telah banyak menyedarkan Malek, beliau cuba memulakan hidup baru walaupun hanya menjadi penjual sayur. Sungguhpun rakan baiknya melalui watak Ajib (Soffi Jikan) cuba mempersendakan Malek dengan dialog ” Lu jual sayur sekilo 3 ringgit, gua jual sayur sekilo 3ribu ma” tetapi malek tidak mengendahkan sindiran tersebut, jelas kelihatan Malek tegas dengan pendiriannya yang tidak terjebak dengan kumpulan Dragon(Adam Corrie) walaupun ganjarannya amat besar.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, nilai kasih sayang ibu terhadap anak terserlah dimana Ibu Malek masih sayangkan serta memaafkan Malek walaupun dia banyak membuat kesilapan sebelum ini. Begitu juga kasih sayang abang terhadap adik tidak akan terputus walau seberat mana sekalipun kesalahan adik. Lihatlah bagaimana keangkuhan Jai telah dilumpuhkan Malek, Sungguhpun Jai telah berulang kali meminta agar Malek membunuhnya, tetapi dengan nilai pertalian darah serta sayangnya Malek terhadap Jai menyebabkan beliau tidak membunuhnya.

Unsur-unsur pengajaran yang cuba digarapkan oleh Pengarah dalam filem ini sememangnya sampai kepada penonton. Bertemakan filem aksi cukup memberi kepuasan kepada sesiapa yang menontonnya. Daripada penelitian saya, kebanyakkan komen serta penulisan –penulisan lain rata-ratanya memberikan gambaran positif filem ini. Nah, kehebatan Syamsul menjadi Pengarah muda terbaik memang tidak disangkal lagi. Apa-apa sahaja buah tangan terbarunya mesti menjadi bualan hangat dan telah mencipta fenomena baru filem Malaysia