Wednesday, March 30, 2011

Adenovirus : Kematian ke-3 Pelatih Pulapol

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang lagi mangsa jangkitan virus Adeno di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi. Mohammad Siman, 23, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL kira-kira pukul 11.30 malam tadi.


Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Tiang Selekoh, Bagan Datoh, Perak merupakan mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno sejak ia mula dikesan awal tahun ini.Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, Allahyarham Mohammad dimasukkan ke wad biasa HKL sejak 28 Februari lalu.

"Namun, sejak ditempatkan di ICU hospital itu pada 3 Mac lepas, tahap kesihatannya tidak menentu sehinggalah beliau (Mohammad) meninggal dunia malam tadi," kata Zulkifli ketika dihubungi di sini hari ini.Sebelum ini, Pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azirid, 21, meninggal dunia pada 8 Mac lalu diikuti Pelatih Inspektor Mohd. Redzuan Ishak, 26, yang meninggal dunia pada 17 Mac akibat jangkitan virus itu.

Menurut Zulkifli, sehingga hari ini jumlah mereka yang masih dirawat di hospital adalah empat orang dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh. Katanya, bilangan pelatih yang menjalani pengasingan adalah 59 orang dan jumlah tersebut menunjukkan penurunan setiap hari. utusan

Tuesday, March 29, 2011

Firefly Guna Pesawat Lebih Besar?


FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) telah melancarkan pesawat Boeing 737-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Datuk Eddy Leong berkata, Johor adalah hab selatan bagi operasi pesawat B737-400 untuk memenuhi permintaan pelanggan dari negeri itu, Singapura dan Batam selain menjadi transit untuk penumpang di Sabah dan Sarawak.


“Dengan adanya pesawat ini, operasi Firefly di Sabah dan Sarawak akan terus diperluaskan selain pertambahan laluan serantau.”

“Laluan hab selatan ini akan meningkatkan kehadiran pelancong dan pengembara perniagaan ke Iskandar Malaysia, satu projek pembangunan komersial di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Leong bersama Pengerusi Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Tan Sri Munir Abdul Majid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airports Sdn. Bhd., Shahrull Allam dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Ismail Ibrahim hadir di majlis penerimaan pesawat Boeing 737-400 di Senai, Johor. Bermula 19 Mei depan, terdapat dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kuching, manakala bermula 16 Jun, syarikat penerbangan itu menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Selain itu, Firefly akan meningkatkan kekerapan penerbangan tambahan antara Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang sempena cuti sekolah pada suku kedua tahun ini. utusan

Semoga dengan pelancaran pesawat baru firefly yang lebih besar akan mempertingkatkan jumlah penumpang firefly. Penggunaannya juga memberi kesan besar terhadap industri pelancongan terutamanya untuk negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Diharapkan pihak firefly terus maju ke hadapan seiring dengan penerbangan tambang murah yang lain. Lagi satu, boleh tak kurangkan lagi caj perkhidmatan tu. Mahal sangat la..