Bajet 2010 memperuntukkan RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar. Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan jalan luar bandar sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan RM857 juta iaitu di Kapit, Lawas dan Simunjan Sarawak, serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. Sehubungan itu, satu pelan induk akan dirangkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi memastikan ianya terlaksana.
Projek Jalan Gedong-Simunjan
Peruntukan tersebut juga mencakupi pembinaan jalan raya yang menghubungkan Jalan Gedong-Simunjan yang melibatkan pembinaan jambatan merentasi sungai Simunjan terus ke jalan Kampung Sageng. Pembinaannya mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk di dalam Daerah Simunjan.
Di samping itu, pembinaan jalan tersebut juga akan memberi keselesaan kepada 30,000 penduduk yang telah lama menanti supaya dapat dibina sebuah jalan berturap di kawasan berkenaan.
Projek yang bernilai RM120 juta dan sepanjang 20 kilometer itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pakej pertamanya membabitkan peruntukan sebanyak RM45 juta.
Dengan adanya peruntukan ini, kita mengharapkan agar ia dapat diuruskan dengan bijaksana. Pembinaannya bukan sekadar untuk melepaskan batuk ditangga, tetapi rakyat mahukan jalan yang berkualiti, kita tidak mahu jalan yang siap hanya untuk keselesaan 2-3 tahun sahaja. Sesungguhnya rakyat Simunjan tidak mahu jalan yang siap indah khabar dari rupa.
Monday, October 26, 2009
Thursday, October 22, 2009
Bayi Pertama Air Asia
Liew, 31, yan g mengandung 27 minggu menaiki penerbangan Airbus A320 seorang diri untuk pulang ke kampungnya di K uching, Sarawak sementara menunggu kelahiran bayi keduanya itu yan g dijangka Disember ini.
Bagaimanapun, bayi berkenaan seolah-olah tidak sabar untuk melihat dunia dan selamat dilahirkan dalam pesawat Airbus A320, AK 6506 pada ketinggian 2,000 kaki di atas udara dengan bantuan seorang doktor, iaitu Dr Ronald Tang yan g kebetulan menaiki pesawat sama. Liew selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang secara normal hasil bantuan doktor terbabit dan kru penerbangan yan g menyediakan tempat selesa bagi membolehkan dia melahirkan bayinya.
“Ini satu pengalaman yan g tidak akan saya lupakan sepanjang hayat,” katanya yan g bekerja sebagai pelayan restoran di Taiping, Perak.
Sebaik mendarat di LCCT, ambulans dan paramedik sudah menunggu di lapangan terbang bagi membawa wanita itu dan bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.Bayi berkenaan dalam keadaan sihat, tetapi ditahan di wad kerana kelahiran pramatang.
Berikutan bayi lelaki itu yan g pertama dilahirkan dalam pesawat, AirAsia memberi penghargaan kepada Liew dan bayi nya dengan memberikan keistimewaan untuk menikmati penerbangan percuma seumur hidup bagi semua destinasi AirAsia kecuali AirAsia X.
Penghargaan itu disampaikan
Liew bernasib baik kerana dapat melahirkan bayi tersebut dalam keadaan selamat, namum keadaan semasa situasi kelahiran tersebut tidak dapat kita bayangkan. Hanya penumpang dalam pesawat tersebut sahaja secara tidak langsung mengikuti getir kelahiran itu. Mungkin Liew boleh menimbangkan untuk memberi nama anak tersebut sebagai "Oneairasia".
Subscribe to:
Posts (Atom)