Friday, April 1, 2011

KTMB perkenal tiket konsesi pelajar 1Malaysia

KUALA KRAI 1 April - Pelajar di kawasan pedalaman yang menggunakan perkhidmatan keretapi sebagai pengangkutan utama kini mendapat manfaat dengan pelancaran Tiket Konsesi Bulanan Pelajar 1Malaysia.


Pengurus Besar Antara Bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha berkata, pakej istimewa itu lebih murah dan berpatutan bagi menggantikan penggunaan tiket bulanan, dengan diskaun sehingga 35 peratus sebulan.

Beliau berkata, objektif utama ialah membantu mengurangkan bebanan ibu bapa dan keluarga pelajar yang kebanyakannya kurang mampu menyediakan perbelanjaan kepada anak mereka dari segi kos pengangkutan. - Bernama

Petrol Ron 97 Naik 20 Sen?


Datuk Zulkifli Mokti Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah mengumumkan kenaikkan harga minyak RON 97 dengan harga baru RM2.70. 

Beliau memaklumkan peningkatan sebanyak 20 sen itu adalah berpunca daripada kenaikkan harga minyak mentah dunia kepada US$114 setong. Krisis politik di Timur Tengah merupakan diantara punca kenaikkan kali ini.

Sebelum ini pun RON97 telah naik 10 sen. Jika krisis di Asia Barat berterusan, tidak mustahil harga minyak mentah naik dan naik lagi.