Tuesday, January 19, 2010

Ilmu, Kebijaksanaan dan Pengalaman

Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari jutawan terkenal tanpa kelulusan tinggi

Mungkin tajuk di atas nampak umum atau mengundang pelbagai tafsiran kita. Namun saya tertarik untuk membicarakannya dalam konteks ulasan terhadap pemerhatian dalam kehidupan masyarakat seharian kita. Untuk menjadi seorang yang bijak bukannya mudah, tetapi bagi mereka yang sememangnya dikurniakan Ilahi dengan kebijaksanaan adalah mudah untuk menjadi seseorang yang lebih bijaksana dengan mensyukuri kurniaan tersebut. Harus diingat jika kita mudah alpa segala ilmu yang ada akan hilang sekelip mata. Manakala menimba pengalaman pula saya mengambil kira golongan yang kurang bijak tetapi memanfaatkan pengalaman yang diberikan. Kadangkala orang yang banyak pengalamannya adalah lebih tinggi ilmunya berbanding dengan seseorang yang hanya mengharapkan ilmu sahaja tetapi gagal memanfaatkannya. samalah seperti adanya ilmu tetapi tidak diamalkan. Itu adalah bahaya.

Antara contoh tokoh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam kerjaya masing-masing seperti mantan TPM Allahyarham Tun Ghafar Baba, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz serta dua tokoh  Ahli perniagaan yang terkenal iaitu Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari dan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

Gabungan atau keseimbangan keilmuan dan pengalaman amat penting dalam menggapai kejayaan. Beberapa tokoh politik dan ahli perniagaan boleh kita ambil dalam konteks gabungan antara ilmu dan pengalaman ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat masih berbengaruh dewasa ini walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Manakala tokoh korporat seperti Datuk Seri Idris Jala dilihat semakin meningkat prestasi kerjayanya dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah dilantik senator yang memegang potfolio Menteri. 

Bagi mereka yang bijak pandai yang mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat sekolah jangan terlalu mendabik dada kerana perjalanan hidup ini masih jauh. Jika mereka leka maka rakan-rakan lain akan mengejar untuk mengecapi peringkat ilmu yang sama. Justeru, cubalah memanfaatkan ilmu sebaik mungkin dan mengekalkan proses penimbaan ilmu sehinggalah ke alam pekerjaan nanti. Apa yang dikatakan bijakpandai kadangkala menjadi retorik yang berjaya diatasi oleh mereka yang lebih bijak mengambil peluang.

Kupasan ini sebenarnya untuk renungan kita semua, agar menghargai keistimewaan yang ada dalam diri kita. Usah mengeluh jika kita  tidak dikurniakan ilmu seperti mereka. Peluang masih ada. Dengan kecanggihan teknologi maklumat sedia ada, tiada kekangan untuk seseorang untuk mendapatkan maklumat dengan pantas seterusnya mencapai matlamat yang diimpikan. 

Sunday, January 3, 2010

GULA OH GULA

Kenaikan harga gula memang sudah dijangka semenjak ura-ura kerajaan hendak menarik balik subsidi untuk gula. Naik jangan tak naik, lepas ni nak naik apa la pulak. Tak mustahil barangan lain akan naik lepas ni, nasibla nak buat macam mana dah dasar kerajaan kena ikutla. Masa ni la terdengar pulak kempen kurangkan gula, gula bahaya untuk kesihatan, gula adalah racun dalam tubuh dan sebagainya.

Buatla apa-apa kempen pun, gula tetap menjadi keperluan rakyat. PM DS Najib Razak, hari ini mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Ismail Sabri Yaakob.Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.


Gula oh gula janganla kita mati disebabkan gula..