Sebesar inikah tikus tersebut? |
Aneh dan mengerikan. Sungguh rakusnya seekor tikus sehingga putus alat sulit digitnya? Peristiwa malang tersebut telah meragut nyawa Arun Sandhukh. Baca laporan berikut..
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. bernama
Kena waspadalah dengan tikus lepas ni jangan sampai apa yang berlaku di India berlaku di negara kita!